Powered By Blogger

Tuesday, 3 January 2012

POS MOTOR MELALUI SKYNET



kring,kring,kring!!
aduh sape plak la yang kacau aku tdo ni..rupa2 nye member aq (Odd) bukan nama sebenar yang sedang belajar di Ipoh perak..

Aku : ada pe joy tpon aq ptg2 cm ni..??
Odd: aku nak minx tolong sikit kat ko boleh x choi??
Aku : tolong ape? aku law tak ada pape hal boley je tolong..insyaAllah..
Odd : cmni aq ingt nk minx tolong ko poskan motor aq ke ipoh tmpat aq belajar ni..susah la kat sini law tak ada   motor..p poli pon asik tumpang orang je..nk p mana2 pon susah..
Aku : aku tak kisah boleh je tp ko kne gtw kat panjang la sebab aq ko paham2 la ne ada lesen motor..haha.

'setelah bincang2 aq pon dgn member2 setuju nk tolong beliau..

    Aku memg tak pernah buat keja pos2 motor ni..bak kata orang ni la 1st time nk buat keja ni..
pe lg bukak internet baca la macam mana nak pos moto ni...study pnye study ada banyak cara rupanye nak pos motor ni... yang aku tau boleh pos melalui POS LAJU,KTM,SKYNET.. cara len aq blum tanye study lg..

POS LAJU : lebih kurang RM180..jangkaan sampai dalam seminggu..
KTM          : lebih kurang RM12+ la..aq x sure prizenye.. sampai dalam 3-4 hari..
SKYNET   : lebuh kurang RM200..sampai dalam 2-3 hari tp barang yg kita hantar boleh kata terjamin la..

*KTM kne bawak geran.. hantar guna kereta api...POS LAJU pon sama hantar gne kereta api..

setelah di ambil kira dari pelbagai aspek kteorang amik keputusan nak pos guna SKYNET je..hehe..pkir selamat dgn cepat punya pasal...

Sampai je kat SKYNET tu pergi kat kerani nye cakap nak pos motor..then dy tanya motor ape..nak hantar bila?dgn hantar kemana.. then suroh isi borang..
Lepas isi borang pe sume.. kne bukak side mirror moto, no flat blakang  dgn minyak kena pastikan se minimum mungkin.. semua tu ntuk elakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku..

hum tu jela sedikit sebanyak yang aku nak kongsi cam mane nak pos motor ni..
pape pon pengalaman baru la ni..hehe..



Monday, 2 January 2012

ASB



Awal2 bulan camni ape lg yang best kalau bukan masyuknye dividen ASB..hehe
bergembira la manusia2 yang ada melabur dalam ASB ni kerana dapat dividen,bnyk simpan bnyak la mereka dapat..
Aku pun termasuk salah seorang yang menyimpan di ASB ni..maklumla pkir masa depan la kan..
walau pun x da la banyak sangat mcm member aq..tp memadai la buat duit jajan tok bulan ni..haha..
kalau yang belum menyimpan tu gua sarankan simpan la..demi masa depan anda..haha..ceh2..

                                                     "Bijak Dahulu Bijak Sekarang"


Sunday, 1 January 2012

Tahun Baru 2012

Oke kelmarin aq dgn member plan pnye la cantik nk sambut tahun baru dkat Dataran Batu Pahat..
disamping nak sambut hari jadi aq sekali la knonnye..hehe..
we all pon gerak la awal sikit lebih kurang dalam pukul 5 cam tu..

starting kteowg lepak2 dekat Tasik Y dlu..saje nk cuci2 mata kat sana..dgn release tension..lepak la kami sume kat sana sampai dkat pkul 7..
lepas tu kami sume trus bertolak ke Bp Mall untuk shopping sikit2 sementara menunggu tepatnye pkul 12 nanti.. bershoping la kami sume sampai lenguh2 kaki..
tepat je pkul 11 kami terus bertolak ke dataran Batu pahat untuk menyambut tahun baru seperti yang dirancangkan..serius memg ramai giler2 orang yang datang nak menungu waktu keramat..
tpat pkul 11.55pm sume manusia yang berada disana trus bangun dan menunggu didepan jam kat dataran tu..


nak tw ape yang kami sume dapat???


sepatah haram Fireworks pon xda!!!!!!!
budak2 kecik maen mercun bola dgn tanglong ada la..
hampa tahap maksimum la sume orang di situ..


Thanks Dataran Batu Pahat....~~

Saturday, 10 September 2011

.......

❤❤..."Aku tidak BERHARAP untuk menjadi orang yang TERPENTING dalam hidupmu.kerana itu merupakan permintaan yang terlalu besar bagiku..aku hanya berharap suatu saat nanti jika kau melihatku...kau akan TERSENYUM dan berkata:
"Dialah orang yang selalu MENYAYANGIKU''.. ❤❤

Thursday, 1 September 2011

Ketahuilah


Wahai kaum Adam..
Andai mahu mencari Hawa..
1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.
2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.
trans Jika Ingin Mencari CINTA...
3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.
.
Untuk Hawa pula..
Andai mahu menerima cinta Adam…
1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…
2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri…
3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.
Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya. Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim tetapi dalam hatinya..??